SELEPAS berjaya dengan produk asid cecair getah tidak lepuh, Hiska Padu Sdn Bhd menghasilkan satu lagi produk untuk kegunaan penoreh getah iaitu sabun serba guna dikenali Harum Hiska.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hisham Kassim berkata, produk berkenaan berfungsi membantu penoreh getah membersihkan badan dan menghindarkan bau busuk yang terhasil akibat aktiviti menoreh getah.

“Harum Hiska sesuai digunakan untuk penoreh getah kerana ia dapat membantu menghilangkan bau getah yang agak kuat. “Sebelum ini, kebanyakan penoreh getah menggunakan minyak tanah atau peluntur pakaian untuk menghilangkan bau getah yang melekat pada tangan, namun cara itu berisiko dalam jangka panjang.
“Maka, kami menghasilkan produk ini bagi membantu penoreh getah menghilangkan bau berkenaan dan mereka boleh meneruskan aktiviti lain terutama beribadat dengan lebih selesa,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, formula untuk menghasilkan Harum Hiska dihasilkan sendiri selepas menjalankan kajian hampir dua tahun.

“Produk ini selamat digunakan dan tidak mengandungi alkohol. “Malah, ia dihasilkan melalui kajian sendiri dan bukan produk dari luar negara yang dijenama semula,” katanya.

Mohd Hisham berkata, produk itu mudah digunakan dan selepas menyembur Harum Hiska, pengguna boleh membersihkan badan seperti biasa menggunakan sabun.

Menurutnya, Harum Hiska dijual pada harga RM18 sebotol..


P/S --------> Jika berminat hubungi saya Nizam 0196568006
                               Terbukti menghilangkan bau getah yang kurang            
                                menyenangkan......